|
PENGENALAN
Mykanzzs Resources merupakan sebuah syarikat perniagaan pelbagai sumber. Syarikat
ini terlibat dalam perniagaan seperti pengiklanan, hartanah, pembinaan, restoran, pembuatan & pengedaran kanopi, jual
beli kenderaan baru & terpakai, membekal buruh asing pelbagai sektor, import & eksport, perkapalan, besi buruk, pembalakan,
pengusaha bahan batuan pasir & tanah merah, penimbusan lombong, pengangkutan dan kereta sewa.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1999 dan terus berkembang menceburi pelbagai
bidang perniagaan termasuk kontrak kerajaan dan swasta.
Kini Mykanzzs Resources memiliki 27 buah syarikat kerjasama dan gabungan pelbagai
sektor untuk membantu dan menaikkan taraf perkhidmatan sedia ada.
Mykanzzs Resources juga mempunyai tenaga kerja seramai lebih 150 orang tempatan
dan buruh asing.
KANOPI PYRAMID BARU
Syarikat kami membuat dan mengedar Khemah @ Kanopi jenis Pyramid bersaiz 20'
x 20' berwarna putih sahaja.
Tempahan minima yang diterima hendaklah tidak kurang daripada 5 unit. Penghantaran
akan dibuat dalam masa 5 hari berkerja. Pengangkutan PERCUMA bagi kawasan Lembah Kelang Sahaja.
Setiap tempahan yang dibuat mestilah disertakan bersama 50% deposit. Manakala
bakinya hendaklah dibayar secara tunai semasa penghantaran.
Harga yang ditawarkan oleh Syarikat kami sangat berpatutan dan jauh lebih rendah
daripada harga pasaran. Dengan tawaran RM1,200.00 seunit anda pasti tertarik untuk memilikinya. Harga pasaran sebenar
adalah tidak kurang daripada RM1,600.00.
Kami juga mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen jualan Kanopi
keluaran syarikat kami. Anda akan dibayar komisen sebanyak RM100.00 seunit secara tunai.
Kesesuaian Kanopi bagi kegunaan majlis perkahwinan, ekspo jualan, majlis
keramaian, gerai, parking, bersantai dan lain-lain.
|